Friday, March 11, 2011

Petikan Akhbar:Banyak kerja kosong belum diisi

Banyak kerja kosong belum diisi

Berita mengenai lambakan kerja kosong yang belum diisi kerap kita dengar.Ini yang terbaru di Berita Harian di mana Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan mengatakan lambakan kerja kosong dan alasan -alasan yang menyalahkan graduan dan rakyat kerana memilih pekerjaan.

Alasan yang sama dari dulu lagi seperti graduan memilih kerja, ingin gaji yang tinggi dan lain-lain.Aku cuma beri dua alasan yang paling popular dari dahulu.Kalian boleh meneka yang lain-lainnya.

Kita kupas satu persatu permasalahan ini.

Pertama:Alasan graduan memilih kerja.

Jika graduan berkelulusan Diploma Mikrobiologi sudah tentu memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan beliau.Beliau belajar bersungguh-sungguh dan dengan dedikasi guru-guru mengajar di sekolah beliau berjaya dengan cemerlang di SPM.

Kemudian beliau menyambung pelajaran di Universiti tempatan dan memilih program mengikut minat beliau.Pinjaman melalui pelbagai sumber yang selalu kerajaan banggakan dengan faedah bayaran balik yang tinggi serta mengelirukan.

Apabila beliau berjaya memengang segulung sijil diploma mikrobiologi,beliau terus memilih untuk bekerja mengikut kesesuaian dan kelayakan diploma yang dimiliki.

Persoalannya sekarang dari logik akal seorang graduan universiti layakkah beliau untuk bekerja sebagai jurutera elektrik?Patutkah beliau memilih jawatan yang sesuai dengan kebolehan beliau?

Persoalan dari majikan pula,jika graduan ini mengikut kata kak Maznah dan tidak memilih kerja majikan secara automatik akan menolak permohonan beliau kerana tidak layak untuk bekerja sebagai jurutera elektrik.Mudah sahaja berfikir jika kak Maznah mengunakan otak.

Kedua:Graduan inginkan gaji yang tinggi

Masih lagi berpandukan contoh yang sama.

Gaji yang ditawarkan tidak berpatutan bagi syarikat-syarikat yang bernaung atas nama bumiputra.RM1600 untuk seorang pembantu jurutera.Tanpa elaun lebih masa dan elaun lain-lain.Dari RM1600 kita tolak socso dan KWSP (Potongan 11%) baki bersih sebanyak RM1400.Beliau juga memikirkan waktu susah dan sakit.Maka insuran yang meliputi semua itu berjumlah RM150 sebulan.Maka tinggal RM1250.Beliau seorang graduan yang berfikiran jauh dan menyimpan 10%dari gaji beliau untuk kegunaan perkahwinan,pergi haji atau lain-lain.Maka tinggallah RM1090.

Oleh kerana tidak mahu dikatakan si tanggang.Maka beliau membayar pinjaman pelajaran sebanyak RM100.Berkurangan menjadi RM990.Mahu atau tidak diberikan kepada mak dan ayah yang menjaga beliau bagai menantang minyak yang penuh sebanyak RM200.Jumlah yang masih berada di tangan sebanyak RM790.Masih banyak lagi ke kak Maznah??

Duit sewa rumah beserta bil-bil semasa(tidak termasuk siaran TV kabel)RM 300.Maka tinggal 490 untuk dibelanjakan sebulan.

Nanti..Masih belum selesai pengiraan.

Sehari jika di bandar besar sekurang-kurangnya RM15 sehari untuk tengahhari dan malam sahaja.Kita abaikan keperluan beliau untuk mendapat sarapan.Sebulan RM450 untuk makan.Maka tinggalah RM40 untuk mengisi minyak selama sebulan.

Bagi kakak yang tidak mengisi minyak mungkin akan rasa RM40 mencukupi.Sebenarnya tidak.

Jadi melaung pula pak-pak menteri menyuruh beliau mengubah gaya hidup.(Ini akan diceritakan pada episod lain)

Jika alasan kurang permintaan dalam industri,bukankah itu menunjukkan kegagalan kerajaan dalam mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan kegagalan menarik pelabur-pelabur asing melabur di negara ini seterusnya membuka cawangan di negara ini.

Paling menyedihkan kak berkata:

Kementerian juga mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan JobsMalaysia untuk memperdaya pencari kerja dengan mengenakan bayaran tertentu, malah dakwaan ia mencecah sehingga RM500.

Sehubungan itu, katanya, tindakan sewajarnya akan diambil dan meminta mereka yang terpedaya untuk membuat laporan rasmi kepada kementerian.

Jika buat laporan,adakan RM500 itu akan dipulangkan?Dan apa tindakan kementerian dan Portal JobsMalaysia untuk mencegah pekara ini dari awal pembukaan portal.Aku percaya sebelum portal ini dibuka,Portal JObSteet dan JenJob sekadar menyebut beberapa syarikat ejen mencari kerja di internet) sudah menghadapi masalah yang sama.

Pendapat aku:Kak Maznah jangan sesekali baca laporan dari orang bawahan sahaja bila melaporkan suatu isu.Tingkatkanlah tangga gaji rakyat.Jika dulu graduan ijazah sarjana muda bole mendapat minimun RM3000 sebulan selepas keluar dari menara gading mengapa tidak sekarang juga sama?
Portal JobsMalaysia hanyalah projek kerajaan yang melepaskan batuk di tangga dan mengabiskan duit rakyat.

p/s:Perihal duit rakyat akan dikupas di masa akan datang dan kenapa ia tidak sepatutnya dinamakan duit kerajaan.




2 comments:

Afasz said...

post yg bagus...good..keep it up!:P

Afasz said...

post yg bagus....keep it up! :p