Friday, May 27, 2011

Monolog seorang genius

Dia termenung di meja bilik hotel.Keseorangan.menanti teman sebilik yang belum tiba mengetuk pintu.Resah hatinya bukan kerana itu tapi kerana ketelanjuran dia meneka bulan kelahiran dan tempat asal gadis yang ingin dikenalinya.Secara tiba-tiba perbualan yang diselang selikan dengan jenaka terhenti.Dia dapat mengagak gadis tersebut berasa curiga.Masakan tidak,baru sehari berjumpa sudah tahu dapat mengetahui maklumat peribadi.

Menyesal tidak guna, apa yang terluah dari kotak suara tidak boleh ditarik semula.Sejak kecil dia memang begitu.Boleh menaakul dengan melihat atau berbual dengan subjek.Ramai yang menjauhkan diri darinya.Takut dinilai perwatakan dan peribadi mereka.Dia pun sudah bosan dengan tolakkan lantas tidak mengasah bakat kurniaan Illahi itu dengan sebaik-baiknnya.Namun saki baki bakat itu tetap ada.Selalunya dia akan simpan didalam hati dan tidak diluahkan biar pun naluri meronta-ronta untuk mengeluarkan hasil takulan.

Suasana jadi kekok dan amat tidak selesa.Gadis tersebut segera meninggalkan dia keseorangan.Balik dengan kehampaan lantas dia terbaring di atas katil hotel sambil mengutuk diri sendiri.Bagaimana dia ingin berteman jika setiap wanita yang dikenali turut menjadi mangsa taakulan.Mereka bukan bahan ujikaji dan juga bukan alat experimentasi.Mereka manusia...itulah yang tidak dapat dia bezakan setiap subjek baginya mesti boleh dikira,dirasa,dilihat dan dianalisis.

Tiba-tiba pintu diketuk,teman sebilik sudah sampai.Rakan urusetia untuk majlis esok.Pintu dibuka,saat untuk mengkaji,menilai dan membuat takulan seperti biasa.....

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru

Aku benci guru yang hanya tahu terima gaji cukup bulan.

Aku benci guru yang hanya mahu mengajar budak-budak pandai.

Aku benci guru yang hanya memikirkan faedah jadi guru untuk diri sendiri.

Aku benci guru yang hanya mahu dengar anak-anak murid melalak menyanyikan lagu guru.

Aku benci guru yang hanya mementingkan diri sendiri.

Aku juga seorang guru walaupun tanpa ijazah perguruan.

Begitu juga kita semua.Jadi guru yang bagaimana kalian sekarang?

SELAMAT HARI GURU buat semua yang telah mengajar aku hingga ke saat ini.

Pelajaran tidak akan terhenti sehingga kita mati,begitu juga guru.

Friday, May 6, 2011

Foo Fighters - I Should Have Known

The best song that describe love to someone

Thank you for the song Dave,really appreciate it.


Gaduh

Kalau awek dan pengkid dia nak gaduh sila masuk rumah sendiri atau pergi ke tempat yang sesuai.Jangan bertekak depan rumah orang lain.