Friday, November 9, 2007

Beruk dan Monyet

Dalam adat melayu dahulu ada satu kepercayaan yang dinamakan terkenan.Anak-anak yang dilahirkan jika tidak sempurna sifat akan dikatakan terkenan dengan sesuatu.Sebagai contoh jika ibu atau ayah ketika anak dalam kandungan memukul ular dan apabila anak itu lahir kulitnya bersisik maka akan dikatakan terkenan ular.
Khairy bernasib baik kerana anaknya tidak dipenuhi bulu atau ada ekor kerana terkenankan monyet atau beruk yang suka ayahnya lafazkan.

Thursday, August 16, 2007

Awal kalam

Revolusi zaman akan bermula disini
Radikalaq bukan tempat menabur fitnah
bukan juga tempat bermadu asmara
sudah puas aku duduk dan berdiri
menimbangi kiri dan kanan
Alhamdulillah sudah muncul melayu kurang ajar
Seperti saranan Keris Mas
Katalah aku racist,
katalah aku anarkist
katalah aku rebelist
katalah apa saja
Aku cuma pemberontak seperti Jebat dan Laksamana Bentan
Satu lagi Melayu kurang ajar!!