Tuesday, March 8, 2011

Kenyataan Balas Untuk:Nik Aziz adalah liabiliti kepada PAS: Ali

Ini kenyataan balas untuk orang yang juga menjadi liabiliti pada rakyat sendiri apabila memberi gelaran Datuk kepada orang yang tidak banyak jasa kepada Melaka.

2011/03/08
MELAKA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat semakin menjadi liabiliti kepada parti pembangkang itu apabila sering menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu tanpa asas dan mengelirukan rakyat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kecenderungan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan PAS semakin kehilangan sokongan rakyat.
Katanya, kehilangan sokongan ini terbukti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini dan DUN Kerdau, Pahang pada Ahad lalu, apabila undi diperoleh PAS semakin merosot berbanding pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang beliau tidak menghalalkan kemenangan Barisan Nasional(BN) pada kedua-dua pilihan raya kecil itu kerana mendakwa BN menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen. ----> Cuba tengok berita pada minggu-minggu pilihanraya berapa ramai menteri-menteri turun untuk beri bantuan dari kementerian masing-masing.Mengunakan pegawai-pegawai kerajaan bukan sesuatu perbuatan yang bersih dalam undang-undang demokrasi.

Sambil menyangkal dakwaan Menteri Besar Kelantan itu bahawa BN menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Mohd Ali berkata: "Dia (PAS) sudah kalah, dia (Nik Abdul Aziz) salahkan orang pula, kemenangan BN satu kemenangan yang sahih, bersih, telus dan ikhlas". ---->Apa yang dikatakan sahih sekiranya ada pilihanraya kecil semua rombongan dari kementerian masing-masing akan turun untuk bekerja untuk BN

Mohd Ali yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, BN tidak menggunakan fitnah, penipuan dan gangsterisme untuk memenangi hati rakyat berbanding PAS yang menggunakan taktik negatif antaranya menggunakan bahasa kesat semasa berceramah.

Katanya, taktik negatif yang digunakan PAS itu tidak menampakkan nilai Islam yang diperjuangkan mereka dan ini menyebabkan perjuangan parti itu dilihat semakin jauh daripada perjuangan membela masyarakat Islam di negara ini. ------>Ini bole dikatakan fitnah kerana dari segi apa PAS tidak menunjukan nilai-nilai Islam?Adakah disebabkan PAS berkawan dengan DAP,maka dengan itu PAS sudah hilang nilai-nilai Islam?Bagaimana dengan UMNO,berkawan dengan MCA dan MIC.Bolehkan dikatakan UMNO sudah hilang nilai-nilai kemelayuan?

"UMNO memperjuangkan kebaikan serta kejujuran,(Jujur ke jika menaikkan cukai tanpa memberitahu rakyat??) rakyat memilih UMNO yang lebih baik daripada banyak segi, PAS juga semakin lari daripada perjuangan Islam apabila berkawan dengan DAP," katanya. ----->Ini yang cuba Yang Dipertuan Agung nyatakan pada pembukaan sidang parlimen semalam.Jangan cuba melaga-lagakan hubungan antara kaum.Hubungan PAS dan DAP cukup akrab berbanding dahulu.Ali beruntung kerana mewakili kerajaan jika tidak sudah tentu masuk ISA kerana cuba mencetuskan ketegangan kaum.

BN mengekalkan DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad, 44, mengalahkan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi manakala di DUN Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hasannuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi. - BERNAMA

No comments: