Monday, March 21, 2011

Hidup Seorang Radikal

Hidup seorang radikal disini
Seumpama hidup di pinggiran
Tidak ditemani kawan-kawan yang kekal
Dan kekasih yang radikal

Yang ada hanya kesunyian
ditemani haiwan-haiwan kesayangan
Tiada isteri untuk bertanya khabar
Tiada dapat berbual dengan tenang

Di sini tiada perempuan radikal
Yang ada hanya perempuan yang ingin mengubah
Mengubah menjadi seorang lagi lelaki biasa
Kerana mereka mahu insan unik tapi menjalani hidup normal

Kahwin
Kerja
Beranak dan
Menunggu Mati

Kesunyian adalah nama lain untuk radikal
Tiada radikal yang berteman disini
Di tempat lain mungkin
Tapi bukan disini

Hidup seorang radikal disini
Penuh dengan ujian dari Illahi
Kesunyian yang tak bertepi
dan perberontakkan di dalam hati.

4 comments:

Afasz said...

"Di sini tiada perempuan radikal
Yang ada hanya perempuan yang ingin mengubah
Mengubah menjadi seorang lagi lelaki biasa
Kerana mereka mahu insan unik tapi menjalani hidup normal"<---apa maksud rangkap yg ni???please explain in ur own word

kalaq said...

baca rangkap seterusnya

Afasz said...

eee~:P dah jawab kat ym...dah tahu :P

Afasz said...

eee~:P dah jawab kat ym...dah tahu :P