Monday, July 25, 2011
Saturday, July 9, 2011
Kata tak boleh masuk KL
Orang bernama Ibrahim Ali tidak boleh memasuki Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.Jika masuk beliau boleh di tangkap.
Harian Metro:Ahli Perkasa terkandas kesesakan jalan
Beberapa perengan terakhir ada menyebut beliau meninjau keadaan di Kuala Lumpur.Bukan dah boleh kena tangkap ke sekarang?Bukti dah ada.
Sidang pengarang Harian Metro kena belajar menjilat lagi,masih ada ruang-ruang bontot yang tak kena.
Aku terfikir,ahli Perkasa berapa ramai yang dah katam sejarah Melayu.Bukan yang kat sekolah tu la.Buku dari Tun Sri Lanang - Sulalatus Salatin.
Sedikit kuiz untuk Perkasa:Separuh karangan asli Sulalatus Salatin ada dekat mana sekarang?Siapa yang simpan?
Friday, May 27, 2011
Monolog seorang genius
Menyesal tidak guna, apa yang terluah dari kotak suara tidak boleh ditarik semula.Sejak kecil dia memang begitu.Boleh menaakul dengan melihat atau berbual dengan subjek.Ramai yang menjauhkan diri darinya.Takut dinilai perwatakan dan peribadi mereka.Dia pun sudah bosan dengan tolakkan lantas tidak mengasah bakat kurniaan Illahi itu dengan sebaik-baiknnya.Namun saki baki bakat itu tetap ada.Selalunya dia akan simpan didalam hati dan tidak diluahkan biar pun naluri meronta-ronta untuk mengeluarkan hasil takulan.
Suasana jadi kekok dan amat tidak selesa.Gadis tersebut segera meninggalkan dia keseorangan.Balik dengan kehampaan lantas dia terbaring di atas katil hotel sambil mengutuk diri sendiri.Bagaimana dia ingin berteman jika setiap wanita yang dikenali turut menjadi mangsa taakulan.Mereka bukan bahan ujikaji dan juga bukan alat experimentasi.Mereka manusia...itulah yang tidak dapat dia bezakan setiap subjek baginya mesti boleh dikira,dirasa,dilihat dan dianalisis.
Tiba-tiba pintu diketuk,teman sebilik sudah sampai.Rakan urusetia untuk majlis esok.Pintu dibuka,saat untuk mengkaji,menilai dan membuat takulan seperti biasa.....
Wednesday, May 18, 2011
Selamat Hari Guru
Aku benci guru yang hanya tahu terima gaji cukup bulan.
Aku benci guru yang hanya mahu mengajar budak-budak pandai.
Aku benci guru yang hanya memikirkan faedah jadi guru untuk diri sendiri.
Aku benci guru yang hanya mahu dengar anak-anak murid melalak menyanyikan lagu guru.
Aku benci guru yang hanya mementingkan diri sendiri.
Aku juga seorang guru walaupun tanpa ijazah perguruan.
Begitu juga kita semua.Jadi guru yang bagaimana kalian sekarang?
SELAMAT HARI GURU buat semua yang telah mengajar aku hingga ke saat ini.
Pelajaran tidak akan terhenti sehingga kita mati,begitu juga guru.
Friday, May 6, 2011
Gaduh
Tuesday, April 12, 2011
Quote
If you care to little it will make you loose
If you care to much it will wear you down.
It better to care rather that not.